Wednesday, September 23, 2009

Soutul Akhyar SM Sains Muar (SAMURA)

Mereka bukan artis hebat, mereka juga bukan dikurniakan dengan bakat yang menyerlah di dalam bidang nyanyian dan perkusi, namun berkat usaha berpanjangan, walaupun hanya berada 2 tahun sahaja di bumi Samura, mereka mampu untuk mencipta kenangan manis mereka sendiri.

SM Sains Muar (Samura) menampilkan Soutul Akhyar setiap tahun semenjak brother mula-mula posting ke Samura pada tahun 2005. Dengan usaha brother, brother menubuhkan Kelab Nasyid Samura pada tahun 2006 bagi menggilap bakat-bakat pelajar yang MINAT dan IKHLAS dalam memartabatkan irama nasyid.

Samura untuk pengetahuan semua pembaca, hanya menerima ambilan pelajar Tingkatan 4. Oleh itu, di Samura hanya ada pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Bayangkan, setiap tahun brother perlu bekerja keras demi melatih dan menggilap pelajar-pelajar yang berminat di dalam nasyid. Mereka hanya "singgah" di bumi Samura ini. Mereka datang dan pergi; berada di tingkatan 4 brother melatih mereka, dan ketika di tingkatan 5, mereka baru dapat berjuang demi menaikkan nama sekolah di samping mewarnai irama nasyid sama ada di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri.

Malah ada juga beberapa ketika, bother merasa amat terkilan dan tertekan kerana ada juga yang menarik diri ketika berada di tingkatan 5 setelah berhempas pulas brother melatih mereka dari tingkatan 4, atas alasan keciciran dari segi pencapaian akademik, mahupun sudah banyak aktiviti kokurikulum yang lain, atau mereka tidak dapat memberikan komitmen terbaik untuk Soutul Akhyar (sesi latihan nasyid yang amat memenatkan dan memeritkan!).Di Samura, kami kekurangan bakat-bakat sama ada dari segi kemahiran nyanyian (vokal) mahupun bermain alat perkusi.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang bukan aliran agama (tidak seperti SMAP Labu, SMAP Kajang, KISAS dll) amat sukar mendapat pelajar yang mempunyai bakat mahupun minat dalam nasyid, berkemahiran dalam Tarannum, Berzanji ( kerana mereka jurusan sains tulen). Oleh itu, brother hanya melatih pelajar-pelajar yang mempunyai kriteria berikut dalam sesi pemilihan ahli kumpulan Soutul Akhyar:

1. MINAT yang mendalam dengan irama nasyid.
2. SEDIKIT BAKAT dalam apa jua persembahan yang pernah mereka sertai seperti nyanyian,
lakonan mahupun pertandingan nasyid.
3. PERSONALITI yang menarik; berketerampilan, riak wajah yang ceria, berani, kreatif dan
kritis.
4. KEAZAMAN yang tinggi dan TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA; Ini kriteria terpenting!

Bagi brother, sudah cukup brother dapat menghasilkan sesuatu yang ASAS dalam bidang nasyid kerana pada asalnya, mereka tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran langsung. Sudah cukup brother merasa gembira melihat anak didik brother dapat menghasilkan sesuatu seperti klip video di bawah:



Mereka sering bertukar ganti, mereka tidak hebat, banyak kekurangan, namun cukuplah kehadiran mereka "dirasai" dengan sentuhan sendiri. Buat penasyid-penasyid Samura batch ke 26, terima kasih tidak terhingga kerana dapat mendendangkan lagu dan lirik ciptaan brother "Hidayah Milik Allah" untuk dihayati oleh umum. THANKS MY LITTLE BROTHERS!

No comments :

Post a Comment

Search This Blog

Followers