Tuesday, September 22, 2009

SELAMAT HARI BAPA BAGI MEREKA YANG BERGELAR BAPA!..OH! IT'S ME!!

BUAT ABAH TERSAYANG, ABDUL MOKTA BIN MOHAMED, INI ADALAH HADIAH DARIPADA ATEH UNTUK HARI BAPA TAHUN INI...semua orang kata Muhammad Hilman Hafiz saling tak tumpah macam abah...InsyaAllah, Ateh akan didik Hilman supaya dia tidak lupa untuk sentiasa mendoakan kebahgiaan dunia akhirat buat atok abahnya yang tersayang...



Hari Ibu disambut meriah setiap tahun. Tidak ramai yang menyedari hari kewujudan bapa atau bila tarikh sebenar hari yang tidak kurang pentingnya ini. Tiada tokoh Bapa Mithali atau Bapa Soleh sepertimana anugerah yang diterima oleh kaum ibu setiap tahun.

Tidak dinafikan pengorbanan bapa sememangnya besar. Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa. Hal ini meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara keluarga, dan mempertahankan maruah. Justeru pengorbanan bapa tidak ternilai harganya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Hari Bapa yang hadir pada bulan Jun setiap tahun tidak harus dibiarkan tanpa pengisian yang bermakna. Sebagai anak kita sememangnya dituntut untuk menghargai jasa dan pengorbanan bapa yang membesarkan kita selaras dengan firman Allah:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)”. (S. Al-Ahqaaf: 15)

No comments :

Post a Comment

Search This Blog

Followers