Wednesday, September 23, 2009

Soutul Akhyar-Naib Johan Nasyid Kontemporari Anti Dadah Negeri Johor Tahun 2007

video

Sekali lagi Soutul Akhyar tewas di pentas negeri, apabila hanya mampu menjadi Naib Johan Pertandingan Nasyid Kontemporari Anti dadah Negeri Johor Tahun 2007.

Lokasi pertandingan adalah di Mersing, Johor. Tempat pertama dimenangi oleh pasukan dari daerah Batu Pahat.

Kedua-dua buah lagu dan lirik adalah ciptaan brother yang berjudul "Halusinasi Realiti" dan "Resolusi Kami". Nama Samura mula menggegar dan menjadi antara pasukan yang berpotensi di negeri Johor. Sebelum ini, tiada pihak yang menduga sejak penubuhan Samura, bahawa sekolah sains juga boleh menjadi antara pasukan terhebat di negeri Johor, apatah lagi semua pelajarnya adalah aliran sains tulen/teknikal.

Memang kami tidak sehebat Maahad yang tidak putus-putus mempunyai bakat dalam bidang tarannum dan berzanji. Mereka juga mempunyai kumpulan pelapis yang silih berganti (tidak seperti kami yang hanya ada pelajar tingkatan 4 dan 5). Usaha kami bermula dari bawah SETIAP TAHUN bagi membentuk "team" yang SERASI.

Itulah "mehnah" dalam perjuangan..

Soutul Akhyar - Naib Johan Festival Nasyid Negeri Johor tahun 2007

video

Alhamdulillah, Lagu pertama ciptaan Bro, "Ummah Terbilang" turut diberi anugerah sebagai lagu tema terbaik negeri Johor tahun 2007. Namun, kami gagal untuk ke kebangsaan. Kami redha kerana kami sedar kami tidaklah hebat dan perlu banyak belajar lagi. Inilah hasilnya, walaupun mereka kurang berbakat, kurang pengalaman, namun sekali lagi berkat usaha gigih mereka berjaya juga ke peringkat ini.

Tempat pertama dimenangi oleh SMKA Johor Jaya, Pasir Gudang, Johor. Mereka tidak memenangi lagu atau lirik terbaik namun secara keseluruhan, markah keseluruhan mereka mengatasi Samura.

Lokasi pertandingan adalah di MRSM Muar, Johor.

Terima kasih keapda semua penasyid tingkatan 5 tahun 2007, terutama kepada penyanyi solo yang mempunyai potensi besar untuk terus maju, iaitu saudara Hakim Rashid @ Badal (sekarang telah tamat matriks melaka, bakal doktor capang!! hahaha) dan juga saudara Syafiq @ Chiyo yang amat hebat bermain tamborin.

Begitu juga semuanya yg tak dapat brother nak ucapkan. Maaflah, hanya setakat ini yang kita mampu pergi...

Soutul Akhyar SM Sains Muar (SAMURA)

Mereka bukan artis hebat, mereka juga bukan dikurniakan dengan bakat yang menyerlah di dalam bidang nyanyian dan perkusi, namun berkat usaha berpanjangan, walaupun hanya berada 2 tahun sahaja di bumi Samura, mereka mampu untuk mencipta kenangan manis mereka sendiri.

SM Sains Muar (Samura) menampilkan Soutul Akhyar setiap tahun semenjak brother mula-mula posting ke Samura pada tahun 2005. Dengan usaha brother, brother menubuhkan Kelab Nasyid Samura pada tahun 2006 bagi menggilap bakat-bakat pelajar yang MINAT dan IKHLAS dalam memartabatkan irama nasyid.

Samura untuk pengetahuan semua pembaca, hanya menerima ambilan pelajar Tingkatan 4. Oleh itu, di Samura hanya ada pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Bayangkan, setiap tahun brother perlu bekerja keras demi melatih dan menggilap pelajar-pelajar yang berminat di dalam nasyid. Mereka hanya "singgah" di bumi Samura ini. Mereka datang dan pergi; berada di tingkatan 4 brother melatih mereka, dan ketika di tingkatan 5, mereka baru dapat berjuang demi menaikkan nama sekolah di samping mewarnai irama nasyid sama ada di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri.

Malah ada juga beberapa ketika, bother merasa amat terkilan dan tertekan kerana ada juga yang menarik diri ketika berada di tingkatan 5 setelah berhempas pulas brother melatih mereka dari tingkatan 4, atas alasan keciciran dari segi pencapaian akademik, mahupun sudah banyak aktiviti kokurikulum yang lain, atau mereka tidak dapat memberikan komitmen terbaik untuk Soutul Akhyar (sesi latihan nasyid yang amat memenatkan dan memeritkan!).Di Samura, kami kekurangan bakat-bakat sama ada dari segi kemahiran nyanyian (vokal) mahupun bermain alat perkusi.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang bukan aliran agama (tidak seperti SMAP Labu, SMAP Kajang, KISAS dll) amat sukar mendapat pelajar yang mempunyai bakat mahupun minat dalam nasyid, berkemahiran dalam Tarannum, Berzanji ( kerana mereka jurusan sains tulen). Oleh itu, brother hanya melatih pelajar-pelajar yang mempunyai kriteria berikut dalam sesi pemilihan ahli kumpulan Soutul Akhyar:

1. MINAT yang mendalam dengan irama nasyid.
2. SEDIKIT BAKAT dalam apa jua persembahan yang pernah mereka sertai seperti nyanyian,
lakonan mahupun pertandingan nasyid.
3. PERSONALITI yang menarik; berketerampilan, riak wajah yang ceria, berani, kreatif dan
kritis.
4. KEAZAMAN yang tinggi dan TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA; Ini kriteria terpenting!

Bagi brother, sudah cukup brother dapat menghasilkan sesuatu yang ASAS dalam bidang nasyid kerana pada asalnya, mereka tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran langsung. Sudah cukup brother merasa gembira melihat anak didik brother dapat menghasilkan sesuatu seperti klip video di bawah:

video

Mereka sering bertukar ganti, mereka tidak hebat, banyak kekurangan, namun cukuplah kehadiran mereka "dirasai" dengan sentuhan sendiri. Buat penasyid-penasyid Samura batch ke 26, terima kasih tidak terhingga kerana dapat mendendangkan lagu dan lirik ciptaan brother "Hidayah Milik Allah" untuk dihayati oleh umum. THANKS MY LITTLE BROTHERS!

Suci Sekeping Hati

Hendaklah kita memerhatikan apa yang telah kita lakukan pada hari ini untuk kebaikan hari esok. Sucikanlah seketul daging yang ada di dalam diri kita ini dari segala titik hitam yang akan menentukan, ke arah Syurga atau Neraka...suci sekeping hati...


video

Tuesday, September 22, 2009

Tribute to all muslim mothers - My Mother -

video

HARI TERBUKA ASPURA SAMURA YEAR 2009




FOR THE FIRST TIME IN SAINS MUAR HISTORY, Asrama Putera organized Hari Terbuka Aspura Year 2009. It was a successful event indeed organized by this year's batch 26, together with batch 27. WHAT A REMARKABLE EFFORT from these two great batches of students.

The main purpose of organising this wondeful event is to "rebranding the name of Aspura and uphold the good name and image of Aspura" due to many negative perceptions towards Aspura before this.

This event was successfully guided by our
Head prefect of Samura, Brother Izzat, who devotedly serving himself for the betterment of all aspects of life in Aspura...good job my little bro!!!

SELAMAT HARI BAPA BAGI MEREKA YANG BERGELAR BAPA!..OH! IT'S ME!!

BUAT ABAH TERSAYANG, ABDUL MOKTA BIN MOHAMED, INI ADALAH HADIAH DARIPADA ATEH UNTUK HARI BAPA TAHUN INI...semua orang kata Muhammad Hilman Hafiz saling tak tumpah macam abah...InsyaAllah, Ateh akan didik Hilman supaya dia tidak lupa untuk sentiasa mendoakan kebahgiaan dunia akhirat buat atok abahnya yang tersayang...



Hari Ibu disambut meriah setiap tahun. Tidak ramai yang menyedari hari kewujudan bapa atau bila tarikh sebenar hari yang tidak kurang pentingnya ini. Tiada tokoh Bapa Mithali atau Bapa Soleh sepertimana anugerah yang diterima oleh kaum ibu setiap tahun.

Tidak dinafikan pengorbanan bapa sememangnya besar. Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa. Hal ini meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara keluarga, dan mempertahankan maruah. Justeru pengorbanan bapa tidak ternilai harganya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Hari Bapa yang hadir pada bulan Jun setiap tahun tidak harus dibiarkan tanpa pengisian yang bermakna. Sebagai anak kita sememangnya dituntut untuk menghargai jasa dan pengorbanan bapa yang membesarkan kita selaras dengan firman Allah:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)”. (S. Al-Ahqaaf: 15)

Search This Blog

Followers